Sunday, September 17, 2006

Glory Glory Man U

Manchester United kalah kepada Arsenal; kosong - satu.

Apabila tewas tipis sebegini, aku malas mengulas.

Andai dikata The Gunners menang nasib, kedengarannya defensif. Mungkin mencetus rusuhan penyokong-penyokong Arsenal daripada kalangan teman sendiri (mujur seorang di Malaysia dan seorang di Auckland).

Dengan ketiadaan Thierry Henry dan Robin van Persie (direhatkan akibat kecederaan), dan kembalinya pemain sayap kanan Cristiano Ronaldo, Red Devils sepatutnya tidak bermasalah mencatat kemenangan.

Apatah lagi jaringan penalti lemah Gilberto Silva diselamatkan Tomasz Cuzsczak (Edwin van Der Sar tidak beraksi kerana demam).

Namun tatkala perlawanan berbaki lima minit, Ronaldo (huh!) terlepas bola ke kaki Fabregas.
Emanuel Adebayor mudah menguis masuk melepasi rebahan tubuh Cuzsczak.

Percubaan Ole Gunnar Solskjaer mencari jaringan penyamaan kemudiannya, dinafikan Lens Lehmann.

Daripada laporan rasmi di laman web Man U , Lehmann seharusnya dibuang padang seawal minit kelima kerana mengutip bola di luar kawasan. Namun, Graham Poll, pengadil perlawanan hanya mengeluarkan kad kuning.

Ah. Mutu pengadilan yang boleh dipertikai. Bukankah dia diberi jolokan ' The Most Colorful Referee' sewaktu Piala Dunia edisi lalu? (Empat kad merah, dua belas kad kuning dalam perlawanan pusingan kedua antara Portugal dan Belanda).

Menurut seorang pemerhati, keseluruhannya, Man U beraksi baik, cuma Rooney kurang perform.

Argghh.

Sekarang seri dengan Chelsea dari segi kedudukan mata dalam carta liga, tetapi satu tangga ke atas kerana kelebihan jaringan.

Portsmouth? Siapa Portsmouth?

Nasib saja mengungguli liga minggu ini.

Musim masih panjang.


P.S Di sini tiada penyokong Portsmouth, kan?
P.P.S Tahniah kepada fanatik Chelsea.

0 comments: