Wednesday, September 20, 2006

Kembali Ke Permulaan Jalan

Perjalanan beribu-ribu batu bermula dengan langkah pertama.

Aku sudah mengorak langkahan sulung itu.

Kalungan penghargaan buat teman-teman akrab yang tidak jemu-jemu meminjamkan telinga mendengar cecehan ku.

Jid, kerana galakan tidak putus-putus. Tanpa desakan demi desakan daripadamu, aku mungkin tidak akan berani memulakan.

Wani dan Zatil, kerana memahami jiwaku. Kalian bagaikan saraf tunjangku.

Antara komitmen akademik dan komitmen perjuangan, aku memilih kedua-dua. Lima tahun lalu perjuangan dikesampingkan. Hibernasi terlalu lama, menjelmakan aku selaku karyawan tumpul idea dan kemahiran.

Aku mahu bangkit kembali. Kembali ke asal jati diri.

Aku seorang penulis.

Doakan daripada titisan tinta pena ku, bakal terlarik rakaman-rakaman kisah sarat pendidikan.

P.S Lunyai.

0 comments: