Thursday, September 21, 2006

Kantoi*

Aha.

Ada orang salin dan tampal testimonial di laman aku di entri blog-nya. Tanpa kredit. Plagiarisme, kan?

Aku tak marah pun. Bukan aku pun yang tulis testimonial itu, tapi Majidah. Sekurang-kurangnya taiplah, diambil dari mana. Sekadar, found this somewhere and just had to copy it** rasanya belum memadai.

Aku pernah juga salin dan tampal testimonial untuk Jazlan di blog ini. Kerana tidak kenal akan penulisnya, aku letaklah; found on Jazlan's page.

Masih meneruskan pembacaan artikel-artikel tulisan Puan Ainon Mohd di Fakulti Karang-Mengarang Universiti Terbuka PTS (UNIKA PTS). Sangat menarik. Aku tak sangka penulis Melayu boleh meraih royalti sehingga ratusan ribu seperti Sasterawan Negara A. Samad Said sehingga mampu beli tiga buah rumah, sara dua orang isteri dan biaya pengajian anak-anak di menara gading tanpa terima pinjaman kerajaan.

Prinsip penulisan teori sastera Islami aliran Surah Yusuf sangat informatif. Ini masa depan sastera Melayu.

Puan Ainon Mohd bukan sahaja berkelulusan bidang linguistik dan sastera, tetapi memiliki ijazah graduan dalam bidang psikologi. Baru teringat buku-buku psikologi ayah di rumah, banyak tulisan Puan Ainon dan Encik Abdullah Hassan. Kecil dunia ini rupa-rupanya!


P.S Aku belajar istilah baru - sastera pop. Berbedakah dengan sastera picisan?

*Perkataan ini tidak wujud pun dalam perbendaharaan bahasa Melayu
**Dipetik dari sini

0 comments: