Friday, September 22, 2006

Ideaku Ideamu

Semalam aku ke premis Barnes and Nobles di Denver West.

Terjumpa buku ini:
No One Cares What You Had For Lunch: 100 Ideas for Your Blog oleh Margaret Mason.

Menurut Kak Linda, aku sudah mencuba sekurang-kurangnya dua puluh 'idea' cadangan Margaret Mason.

Be bold.

Be true.

Take risk.

Ahaha.

Aku sengaja malas menulis tentang juadah dan makanan. Tidak molek andai jiran tetangga kecur liur dengan masakan enak-enak (aku kan Iron Chef!) jika tidak mampu memberi.

ISBN: 032144972X

Macamlah aku tak tahu selepas ini kalian akan google buku ini.

No One Cares About Toilet Seat either. Iya kan Kak Linda?

Alang-alang berbicara tentang buku, aku mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan Al-Andalus Menangis: Antologi Puisi Grup Karyawan Luar Negara (GKLN).

Menghimpunkan lebih seratus puisi nukilan pelajar-pelajar Malaysia di seluruh pelusuk dunia.

Antaranya:

201025040_eec3baa71b_m_21) Assyaffa (Dublin, Ireland)
2) Asyrafdini (Amman, Jordan)
3) Ainun Nazrin KZ (Dublin, Ireland)
4) Atikah Azit (Dublin, Ireland)
5) Bint Al-Huda Kamarudin (Dublin, Ireland)
6) Fahd Razy (Dublin, Ireland)
7) Fazleen Razali (KMB)
8) Fieza Nur (Dublin, Ireland)
9) Firrus Hayat (Cork, Ireland)
10) Hafez Iftiqar (Melbourne, Australia)
11) Ida Sakinah Muhammad (Southampton, UK)
12) Kausar Jiwa (Loughborough, UK)
13) Khadijah Khalilah Abdul Rashid (Morocco)
14) Khairiah Jaafar (Dublin, Ireland)
15) Mardhiah Masharuddin (Galway, Ireland)
16) Mohd Bakri Bakar (Dublin, Ireland)
17) Muharikah (Dundee, Scotland)
18) Nur Firdaus Mohd Rus (Moscow, rusia)
19) Nurani Haza (Wellington, New Zealand)
20) Syarifah Salha Syed Ahmad (Al Azhar, Mesir)

Untuk tempahan di United States dan Canada, sila hubungi Khairul Amar Razali dari Vanderbilt University, Tennessee melalui (amar.razali@gmail.com) atau 615 668 5363.

0 comments: