Saturday, September 23, 2006

Ramadhan 1

Ramadhan bukan alasan.

Untuk mengeluh letih, sekaligus membataskan komitmen harian terutama sekali yang melibatkan aspek fizikal.

Rasulullah SAW dan para sahabat pergi berperang semasa berpuasa.

Kita pun perang juga.

Memerangi nafsu.

Itu jihad lebih besar daripada mengangkat senjata membantu saudara-saudara kita di Lubnan atau Semenanjung Gaza.

Berterawih.
Tidak membazir.
Mengurangkan kegiatan lagha.
Memperbanyak amal ibadat.

Ini bukan soal bermuka-muka, berlagak baik atau hipokrit.

Untuk drastik berubah, bukan mudah. Seringkali serasa tidak ikhlas. Natijahnya, perubahan gagal bertahan lama.

Tetapi jika berdikit-dikit mendakap perubahan, insya Allah, akan berkekalan.

Sekurang-kurangnya, ada juga sebulan dalam setahun diri berusaha mengejar pahala ukhrawi yang abadi, daripada sepanjang tahun bergelumang dengan keasyikan sementara pesona duniawi.

Ah. Aku bukan bertazkirah. Hanya memperingati diri sendiri.

Semoga aku dan kalian, kita semua sama-sama dilimpahi rahmat dan nikmat madu paling manis dari bejana Ramadhan kali ini.

Manalah tahu musim hadapan tidak ketemukan lagi.

P.S Yahudi tidak menggeruni pemuda Islam mengangkat senjata, tetapi mereka kecut dengan muslimin taat beragama. Renung-renungkan.
P.P.S Zulaikha Kajai II kini dipos

0 comments: