Wednesday, September 27, 2006

Ramadhan 5

Salam.

Tahniah kepada para penyokong Chelsea atas kemenangan 3-1 ke atas Levski Sofia dalam pertemuan kelayakan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah 2006/2007 tengah hari tadi (zon waktu Mountain United States).

Aku baru mendapat tahu berita perpisahan Cristiano Ronaldo, 21, dengan teman wanitanya, Merche Romero, 30. Lama tidak menjenguk laman anti-Merche. Rupa-rupanya kisah sensasi ini sudah basi.
Bukanlah mengaku pakar bidang percintaan, aku sendiri belum pernah bercinta, tetapi sudah mengagak drama asrama Ronaldo-Merche tidak akan bertahan lama.

Satu; tidak sekufu.

Merche adalah seorang peragawati, pengacara dan pelakon kurang ternama di Portugal, sekelip mata mashyur selepas berdampingan dengan Ronaldo.

Dua; gersang restu keluarga.

Ibu, kakak-kakak dan abang Ronaldo menganggap Merche menyukai Ronaldo kerana faktor material.

Tiga; Ronaldo tidak setia.

Ada khabar-khabar angin mengatakan dia kembali berbaik dengan Nuria Bermudez, menghantar teks pesanan ringkas kepada Sonia Chaives dan pernah dipotretkan bersama seorang wanita tidak dikenali di Lisbon beberapa hari selepas Piala Dunia.

Empat; Merche tidak matang.

Menurut teman-teman rapatnya, Ronaldo selesa dengan wanita lebih tua kerana kematangan mereka. Merche mungkin menginjak usia tiga puluhan, namun masih berpakaian dan berlagak laksana gadis pingitan 18 tahun.

Lima; hati Ronaldo sudah dicuri?

Kita tunggu dan lihat ;>

P.S Zatil, bila e-mel kiriman pesanan ayam dan daging hendak dihantar?

0 comments: