Saturday, September 30, 2006

Ramadhan 8

Tadi kami bertiga penghuni pangsapuri nombor lapan mengekor Den dan Arthur ke Middle East Market berhampiran Colorado Boulevard mencari bekalan ayam dan daging halal sebelum langsung ke Asian Market di Alameda.

Di situ kami bertembung Kak Za dan Abang Reza sekeluarga dari Laramee, Wyoming. Adalah menjadi rutin mereka enam beranak turun ke Denver selang beberapa minggu sekali membeli daging dan ayam halal. Kat Laramee tak ada, geleng Abang Reza. Asian market di sana mahal, tambah Kak Za pula.

Aku kagum amat. Bukan tidak ada ayam langsung di sana. Malah, dengan jauh-jauh begini, jika mereka makan sahaja ayam atau daging 'katok' pun, tiada yang akan mempersoalkan. Tetapi berjam-jam memandu? Dengan anak sekecil dua tahun pula?

Sambil bawa anak-anak berjalan, kata Kak Za. Abang Reza suka drive. Kami dah biasa sampai rumah pukul dua tiga pagi.

Hats off to you, kak, abang.

0 comments: