Tuesday, September 26, 2006

Ramadhan 3

Aku baca Times kerana tertarik wawancara dengan Presiden Republik Islam Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

Namun intipati artikel indah khabar dari rupa. Alih-alih si wartawan Barat memburuk-burukkan pemimpin Islam juga. Memanglah format artikel soalan dan jawapan, tetapi, mukaddimahnya memualkan.

Tak pasal-pasal perawakan sederhana Ahmadinejad yang sederhana seakan diperlekehkan. Itulah pemimpin berjiwa rakyat namanya. Bukannya seperti Presiden Timor Leste. Rakyat melarat, tetapi pemimpin bersenang-senang dalam mahligai mewah.

***********************************************************************************************************************
At 12.37 AM, A (bukan nama sebenar) said..

Salam.

Puan Nisah, saya tertarik dengan ungkapan 'reading for the sake of reading.'
Bagi saya, tidak apalah membaca sastera pop, sekurang-kurangnya membaca juga.
Kita doakanlah selari dengan peralihan usia, dengan habit membaca yang sudah sebati, minat beralih kepada karya-karya sastera bermutu pula.
Saya sewaktu remaja suka juga dengan novel-novel Ahadiat Akashah, tetapi kini langsung menolak novel-novel cinta remaja dan sastera pop.
Seperti kehidupan manusia yang berfasa-fasa, saya percaya, minat dan gemar pada sastera itu juga punya takah-takah tersendiri.
Kita doakan agar anjakan paradigma berlaku.

Wassalam.

At 11:05 AM, annyss said..

A(bukan nama sebenar),
Ada benarnya pendapat sdr, tetapi berapa ramai di luar sana yang mengambil sikap seperti sdr. Masih ramai yang terperangkap dalam emosi dan enggan berfikir...

***********************************************************************************************************************

P.S Jangan lupa baca juga artikel mengulas pernyataan Pope Benedict (The Pontiff Has a Point: His take on Islam, however clumsy, raises tough truths about reason and religion oleh Jeff Israely, halaman 44).

0 comments: